Maklumat Penanaman Coleus Rainbows

Coleus Fairway & Superfine Rainbows

Maklumat Kultur Bagi : Annual Coleus Fairway & Rainbow
Nama Biasa: Coleus
Nama Botanik : Coleus hybrida
Kiraan Benih : 122,000/auns ; 4,300/gram Fairway ,113,400/auns 4,000/gram Rainbow
Suhu Percambahan Optimum : 70-75°F / 21-24°C
Suhu Pertumbuhan Optimum : 65-70°F / 18-21°C

Percambahan - 288

Peringkat 1 (Hari Pertama - Ke-6)
- Semaikan biji benih dalam media steril dan dikeringkan dengan pH 5.5 – 5.8 dan EC yang kurang dari 0.7 mmhos (kelembapan 2:1)
- Coleus amat sensitif terhadap kadar garam yang tinggi, terutamanya kadar ammonium yang tinggi.
- Pastikan suhu tanah adalah di antara 70 - 75°F / 21 - 24°C
- Gunakan lapisan vermiculit yang nipis untuk mengekalkan kelembapan tetapi tidak terlalu tebal kerana biji benih memerlukan cahaya untuk percambahan.

Peringkat 2 (Hari Ke-7 - Ke-13)
- Kurangkan kadar kelembapan sebaik sahaja kotiledon dihasilkan.
- Benarkan tanah untuk mongering sedikit sebelum penyiraman membolehkan proses percambahan dan pengakaran yang optima.
- Bubuh baja pada anak benih dengan kadar 50 ppm N sekali seminggu untuk mengekalkan EC pada kadar 0.8 mmhos (kelembapan 2:1).
- Coleus amat sensitif terhadap cahaya yang terang pada peringkat ini. Kadar optima cahaya adalah 21,500 - 38,000 lux.

Peringkat 3 (Hari Ke-14 - Ke-21)
- Turunkan suhu ke 68 - 70°F / 20 - 21°C
- Biarkan tanah mongering sepenuhnya di antara penyiraman tetapi elakkan dari pengeringan yang berlebihan supaya pertumbuhan akar adalah sihat dan pertumbuhan tunas dapat dikawal.
- Bubuh baja pada kadar 100 – 150 ppm N.
- Gunakan DIF negatif?pada bila-bila masa, terutamanya 2 jam yang pertama selepas matahari terbit, untuk mengawal ketinggian tumbuhan.

Peringkat 4 (Hari Ke-22 - Ke-28)
- Kurangkan suhu ke 61 - 65°F / 16 -18°C untuk 7 hari supaya tumbuhan sihat
- Pembajaan adalah mengikut keperluan tetapi elakkan kadar EC yang melebihi 1.0 mmhos.

Pemindahan (6 - 9 minggu)
Media: Media steril dan kering dalam bahan organik dengan pH di antara 5.5 - 6.0

Baja: Bubuh baja pada kadar 100 - 150 ppm N atau pada kadar yang diperlukan supaya EC dikekalkan pada kadar 1.0 mmhos (kelembapan 2:1). Adalah amat penting untuk memastikan bahawa kadar Potassium dalam adalah mencukupi supaya warna pada tumbuhan adalah baik. Coleus hanya memerlukan baja yang sederhana kerana baja yang berlebihan akan menngakibatkan warna yang pudar pada tumbuhan and pertumbuhan mungkin terbantut.

Suhu: Kekalkan suhu siang pada 70 - 75°F / 21 - 24°C dan suhu malam pada 60 - 65°F / 15 - 18°C

Cahaya: Berikan cahaya pada kadar 54,000 lux

Penggunaan “Growth Regulator”: Penggunaan kultur adalah pilihan yang tepat dan DIF yang negatif adalah efektif. Jika pertumbuhan adalah terlalu cepat, gunakan B-9 pada kadar 2,500 – 5,000 ppm.

Kawalan Penyakit dan Serangga Perosak: Coleus akan terdedah kepada Pythium, Rhizoctonia, Bortrytis, Aphids, Lalat Putih, “Leaf Miners” dan “Mites”

Jadual: Coleus dijual atas sebab daunnya yang berwarna-warni, dan tumbuhan boleh dijual selepas sahaja ianya mencapai saiz pasaran.

Saiz Dulang 4 inci / 10 cm
Fairway: Percambahan - 4 minggu; Produk Akhir - 5 minggu
Rainbow: Percambahan - 4 minggu; Produk Akhir - 8 minggu